Tuesday, May 18, 2010

Halal Judi, Langgar Hukum Allah!


Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini. ~malaysiakini

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu semua menjauhinya supaya kamu beruntung" [al-maidah : 90]

Judi dan arak adalah salah satu daripada dosa besar yang dilarang agama. Atas alasan apa sekalipun, kerajaan yang kononnya ditunjangi ahli politik Melayu Islam tidak wajar menghalalkannya apatah lagi 'amalan syaitan' ini turut dibantah oleh masyarakat bukan Islam.

Kabinet memberi alasan bahawa lesen judi bola itu dikeluarkan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan awam di negara ini. Bagi kabinet, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen judi, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan oleh pihak berkuasa. Rasionalnya, jika hujah di atas diguna pakai, mengapa tidak dikeluarkan lesen bagi penagih dadah agar penagih2 tersebut dapat dipantau??

Tidak ada jaminan bahawa menghalalkan perjudian sukan akan dapat menghapuskan judi haram. Malah ia sebenarnya akan menambah parah lagi penyakit sosial yang sedang melanda masyarakat hari ini.

Alim ulama khususnya para mufti perlu tegas dalam menentang kemungkaran yang nyata ini. Jangan kerana terlalu terikut2 dengan rentak politik sehingga mengabaikan kemungkaran yang besar di depan mata.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment