Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Monday, May 17, 2010

La Tahzan...


Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji..

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia

Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas

Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri

Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa

Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira

Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah

Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya

Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

(^_^)

Sunday, May 16, 2010

Tarbiyah & Dakwah


Tarbiyah tanpa dakwah??

Tarbiyyah adalah potensi seperti air dalam badan manusia. Sememangnya air diperlukan,namun ia perlu bergerak dan dijelmakan dalam bentuk pelbagai seperti darah dsb.Jika air tersebut diperam didalam badan dan tak dibuang,ia akan menyebabkan penyakit. Segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiyyah yang tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi da'wah akan menyebabkan seseorang itu penuh dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum daripada menyeru kearah kebenaran. Tanpa da'wah,tarbiyyah akan merosakkan diri seseorang kerana merasakan diri sahaja betul dan individu lain salah.

Dakwah tanpa tarbiyah??

Tarbiah adalah minyak yang menyediakan tenaga dan modal kepada penda'wah. Jika pada awalnya si penda'wah bersemangat untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, ia akan ketandusan minyak jika tidak dibekalkan dari semasa ke semasa. Apabila ketandusan minyak, bukan sahaja da'wah tidak dapat dilaksanakan dengan baik malah kekadang si penda'wah itu sendiri rasa letih dan tidak mampu meneruskan kerja da'wah. Inilah asas kepada gejala keguguran di medan da'wah. Tarbiyyah yang kurang mantap memudahkan seseorang itu gugur daripada jalan yang mulia ini.
Wallahualam..

{Ali-Imran:104}Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (buat) yang makruf, dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang2 yang beruntung.

~KERJA DA'WAH BUKAN DIBUAT PADA WAKTU LAPANG SAHAJA TAPI KITA HARUS LAPANGKAN WAKTU KITA UNTUK DA'WAH~